Penyedia Platform Penstriman Haram Akan Dipenjarakan Sehingga 20 Tahun Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mufti Wilayah Persekutuan telah menetapkan yang membeli kotak set Android – hukumnya haram jika pengguna beli untuk menstrim atau mengakses kandungan secara haram.

Perkara ini adalah tidak mengejutkan, kerana kita tahu hukum mengakses kandungan yang sepatutnya dibayar dengan percuma di laman web atau platform-platform lain adalah haram. Ada juga di Malaysia ini, menjual kotak set Android dengan pelbagai aplikasi modifikasi, sistem tersendiri atau akses kepada pelayan peribadi yang boleh menstrim Astro, pelbagai platform penstriman, serta akses kepada filem-filem dan siri TV tanpa melanggan.

Mereka menawarkan langganan sendiri yang sebenarnya haram dan pengguna perlu sama ada membayar tahunan atau bulanan. Ada yang menggunakan Kodi, Plex, serta banyak lagi. Dewan Rakyat baru-baru ini telah menetapkan hukuman baru dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta 2021 bagi pesalah teknologi penstriman.

Mereka yang menawarkan platform penstriman haram sama ada dengan sewaan, belian atau juga mengimport boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau kedua-duanya sekali.

Dengan adanya hukuman ini, harapnya ia akan diperketatkan agar mereka yang tidak bertanggungjawab merampas rezeki pencipta kandungan ini merasai hukuman dunia yang sementara ini. Sama-samalah kita menyokong dengan membeli tiket atau membayar langganan melalui saluran rasmi.

komen


© Amanz / 2022 Kami