Adobe Kini Menawarkan Alternatif Untuk Canva Melalui Penawaran Percuma Creative Cloud Express

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe hari ini telah mula menawarkan perkhidmatan baharau mereka kepada pengguna umum, pemilik perniagaan, dan sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan karya ringkas untuk promosi, penggunnaan media sosial dan sebagainya dengan pantas.

Dinamakan sebagai Adobe Creative Cloud Express, ia ditawarkan secara percuma melalui web dan aplikasi mudah-alih – selain turut hadir dengan langganan berbayar $9.99 untuk akses kepada sejumlah template berbayar. Secara kasar, Adobe dilihat menyasarkan para pengguna Canva untuk beralih ke platform mereka.

Adobe turut menyertakan akses kepada sejumlah gambar dan muka-taip daripada perkhidmatan lain untuk diakses oleh pengguna Craative Cloud Express. Berbeza dengan Creative Cloud yang menyasarkan pengguna profesional, Creative Cloud Express ini dilihat menyasarkan pengguna kebanyakkan yang tidak memerlukan sebarang asas dalam penggunaan perisian penyuntingan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Creative Cloud Express hari ini, dan menghasilkan karya anda dengan mudah menggunakannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami