Stadium Piala Dunia Qatar Mempunyai Rekaan Seakan Khemah Tradisional

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar menjadikan mereka negara Timur Tengah pertama menjadi tuan rumah. Acara temasya sepak bola ini akan menggunakan lapan stadium setiap satunya dengan rekaan yang unik. Stadium Al Bayt yang terletak di bandar Al Khor mempunyai rekaan yang mengambil inspirasi dari bentuk khemah tradisional Bayt al sha’ar yang digunakan golongan nomad padang pasir.

Stadium Al Bayt akan digunakan untuk acara pembukaan dan mampu menempatkan sehingga 60,000 orang penonton dengan bahagian atap diperbuat daripada bahan PTFE bagi mengelakkan bahang panas. Bumbung stadium juga boleh ditutup bagi mengelakkan lagi pemain di padang dari kepanasan semasa perlawanan berlangsung.

Selepas temasya berakhir, kapasiti stadium akan dikurangkan 50% dengan kerusi kemudiannya dipindahkan ke kemudahan sukan berhampiran yang memerlukan. Bangunan akan diubahsuai untuk menempatkan hotel, pusat membeli belah, dewan serbaguna, gimnasium dan dewan makan bagi memastikan stadium akan dapat digunakan selepas berakhirnya Piala Dunia. Selain stadium yang kelihatan seperti khemah, Piala Dunia Qatar juga mempunyai stadium yang kelihatan seperti kopiah.

komen


© Amanz / 2022 Kami