Dua Peranti Boleh-Pakai Baharu Dizo Mungkin Akan Dilancarkan Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dizo adalah penjenamaan baru Realme yang memfokuskan kepada rangkaian produk AIoT. Melaluinya, ia dikatakan telah menawarkan pelbagai variasi produk yang sejajar dengan kepeluan para pengguna hari ini. Terkini mengikut spekulasi awal, Dizo akan melancarkan dua model peranti boleh-pakai baharu seawal bulan Januari depan. Peranti-peranti ini mungkin dikenali sebagai Dizo Watch 2 Special Sports Edition dan Dizo Watch R.

Dizo Watch 2

Seperti namanya, Dizo Watch 2 Special Sports Edition akan menjadi versi sukan untuk model Dizo Watch 2 yang terdahulu. Pada masa sama, ia juga dijangka membawakan reka bentuk dan aspek keperluan yang mampu penuhi ciri bersukan. Misalnya, ciri khusus yang dibina khusus untuk peminat sukan. Sementara itu, Dizo Watch R pula merupakan siri baharu yang lebih memfokuskan lepada harga lebih berpatutan. Menurut dakwaan awal, ia akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan berbanding siri Watch 2.

Dizo Watch 2

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua jam tangan ini hanyalah penjenamaan semula daripada produk Realme sedia ada atau sebaliknya. Pada masa sama, harus harus ditegaskan maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura. Belum dapat dipastikan sama ada ia bakal dilancarkan secara rasmi kelak atau sebaliknya.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami