WhatsApp Kini Sembunyikan Status “Last Seen” Daripada Orang Tidak Dikenali

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp kini dilihat menawarkan lebih perlindungan privasi kepada pengguna. Bermula minggu ini, WhatsApp dilihat telah mula sembunyikan status “Last Seen” pada aplikasi mereka, daripada orang-orang yang tidak dikenali.

Dengan perubahan ini, hanya mereka-mereka yang pernah berbual di WhatsApp sahaja akan dapat melihat status “Last Seen” anda, selain “My Contacts”. Mereka yang lain tidak boleh melihat status anda.

Sebelum ini pilihan ini perlu diaktifkan secara manual melalui halaman tetapan, tetapi kini WhatsApp mengaktifkannya kepada semua secara automatik.

Ini sekaligus memberikan lebih privasi kepada pengguna – dan mengelak orang tidak dikenali daripada melihat status aktif anda pada aplikasi permesejan berkenaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami