Jabra Menawarkan Kredit Touch ‘n Go eWallet Dengan Pembelian TWS Jabra Elite 2 Dan Jabra Elite 7 Pro

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jabra ialah syarikat pembuat aksesori audio yang cukup terkenal untuk kegunaan produktiviti dan juga penggunaan biasa. Berxempena dengan sambutan hujung tahun dan tahun baru, Jabra Malaysia akan memperkenalkan promosi jualan untuk dua daripada fon telinga TWS mereka, iaitu Jabra Elite 2 dan juga Jabra Elite Pro 7.

Bermula 17 Disember hingga 31 Disember 2021, dengan setiap pembelian Jabra Elite Pro 7 yang berharga RM999, pembeli akan menerima kredit Touch ‘n Go sebanyak RM80, dan setiap pembelian Jabra Elite 2 yang berharga RM299 akan menerima kredit Touch ‘n Go sebanyak RM30.

Jabra Elite 7 merupakan fon telinga kelas premium keluaran mereka yang bukan sahaja hadir dengan rekaan dan kualiti audio berkualiti tinggi, tetapi juga ciri-ciri tambahan seperti pembatalan bunyi hingar, mikrofon yang memastikan kualiti panggilan yang baik, dan sebagainya. Jabra Elite 2 pula ialah fon telinga TWS mampu milik yang masih lagi hadir dengan kualiti binaan dan audio sama yang hadir pada model-model lebih mahal.

Jabra mengesahkan bahawa promosi ini sah untuk pembelian dari semua pengedar rasmi Jabra didalam dan luar talian sepanjang waktu promosi ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami