Digi Selesai Menamatkan 3G Di Terengganu, Kelantan, Pahang Dan Sabah
December 14, 2021
Telekomunikasi
Aman
Digi hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan rangkaian 3G di Pantai Timur dan juga Sabah. Dengan pengumuman ini, tiada lagi rangkaian 3G di Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Sabah.
Penamatan ini adalah selari dengan perkongsian pihak Digi sebelum ini, dan sasaran kerajaan dalam menamatkan penuh rangkaian 3G pada penghujung 2021 ini.

Para pengguna digesa untuk beralih ke peranti 4G dalam terus mengekalkan rangkaian dan menikmati akses internet serta panggilan yang baik dibawah rangkaian Digi.
Dengan penamatan ini juga, syarikat telekomunikasi dijangka akan terus mengukuhkaan rangkaian 4G, serta menambah-baik lagi kualiti penawaran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.