Cari @ Amanz

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan salah satu negara dengan penggunaan plastik yang sangat tinggi di Asia Tenggara? Laporan World Wildlife Fund mengatakan bahawa secara purata, rakyat Malaysia menggunakan 16.7kg setahun, manakala Bank Dunia melaporkan bahawa kita membuang 1.1 juta tan sampah plastik setiap tahun, berat yang sama seperti empat buah menara KLCC.

Terkini, untuk mengurangkan pencemaran plastik di alam sekitar, syarikat logistik DHL dan Klean, sebuah syarikat tempatan yang mahu mendigitalisasi industri pembuangan sisa tempatan telah bekerjasama untuk membangunkan mesin layan diri yang akan memudahkan orang ramai untuk membuang sisa kitar semula dengan lebih mudah, dan menerima mata ganjaran pada masa yang sama.

itar

DHL dan Klean dilihat akan memperkenalkan 30 buah mesin layan diri ini di sekitar Malaysia pada awal tahun 2022 kelak dan selain daripada menjadi lokasi untuk membuang sampah kitar semula, pengguna juga boleh memuat-turun aplikasi Klean daripada Apple App Store ataupun Google Play Store dan menerima mata yang boleh ditukar untuk pelbagai jenis ganjaran, seperti kredit Touch ‘n Go, diskaun untuk khidmat logistik DHL, Boost, Flexiroam dan sebagainya.

CEO Klean, Dato’ Dr. Nick Boden mengatakan bahawa mesin-mesin kitar semula layan diri ini akan diperkenalkan di sekitar Malaysia menjelang penghujung suku pertama 2022 kelak, dan 30 mesin sebegini akan diperkenalkan. Projek ini juga adalah sebahagian daripada projek CSR DHL untuk mengurangkan jejak karbon mereka dalam masa beberapa tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd