Carian
Oppo Perkenalkan Oppo Air Glass – Kaca Mata Pintar Dengan Sokongan Gestur Kepala
December 14, 2021 Aman

Oppo hari ini mengadakan acara Oppo Inno Day 2021, sekaligus memperkenalkan sejumlah teknologi baharu yang sedang dibangunkan mereka. Produk pertama yang diperkenalkan adalah Oppo Air Glass. Kaca mata pintar ini hadir dengan rekaan hanya pada sebelah mata sahaja – seumpama pada siri anime Dragon Ball.

Menariknya mengenai kaca mata pintar ini adalah sokongan gestur dengan gerakan kepala, selain turut membolehkan pengguna tap pada bahagian tepi, serta pautkan ia dengan jam tangan pintar Oppo.

Melalui kaca mata pintar ini, pengguna boleh melihat sejumlah notifikasi dan kandungan dengan mudah tanpa perlu membuka telefon pintar. Ia juga sesuai untuk keadaan seperti ketika sedang membawa basikal, dan melihat informasi terus pada kaca mata pintar.

Oppo Air Glass dikatakan seberat 30gram, dan turut boleh digunakan bersama kaca mata pintar sedia ada.

Oppo menyasarkan kaca mata pintar akan menjadi peranti ketiga yang digunakan aktif pengguna – selepas telefon dan jam tangan pintar.

Oppo Air Glass bakal dilancarkan di China pada suku pertama 2022 kelak. Masih tidak diketahui berkenaan bilakah Oppo Air Glass akan ditawarkan untuk pengguna global.

Komen