Apple iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Memori 8GB RAM, Kamera 48MP

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple memperkenalkan iPhone baharu setiap tahun sekitar bulan September. Walaupun masih berbaki hampir setahun lagi, desas-desus berkaitan iPhone 14 telah mula hadir satu demi satu.

Selain mengatakan iPhone 14 akan menggunakan skrin berlubang padanya, kini penganalisa baharu hadir mengatakan Apple akan mnyertakan sistem kamera dengan lensa utama 48-megapixel padanya. Penaik-tarafan kamera ini dijangka ditawarkan melalui siri “Pro” untuk iPhone 14.

Disamping itu, Apple turut dijangka melengkapkan siri “Pro” ini dengan memori sehingga 8GB RAM. Pada hari ini, iPhone 13 Pro hadir dengan memori sehingga 6GB RAM.

iPhone 14 dijangka hadir dalam empat variasi seperti pada hari ini, dan ia dikatakan model “Mini” mungkin digantikan pada generasi akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami