Celcom, Digi, Maxis Dan U Mobile Dilaporkan Mengesyorkan Kerajaan Benarkan Dua Penyedia Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad dalam menyediakan infrastruktur 5G – dan memerlukan syarikat telekomunikasi menggunakan infrastruktur berkenaan. Perkara tersebut dirancang dalam mempercepatkan pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.

Namun, beberapa pihak dan penganalisa industri seperti tidak bersetuju dengan penyedia pukal individu yang boleh membawa kepada monopoli. Mengikut laporan sebelum ini, pelbagai syarikat telekomunikasi dikatakan masih belum menandatangani perjanjian dengan DNB.

Selari dengannya, kerajaaan juga mengatakan kabinet akan membuat keputusan pada Januari ini untuk membenarkan lebih daripada satu penyedia 5G atau tidak.

Terbaru, Reuters melaporkan yang mana beberapa syarikat telekomunikasi dilaporkan mengesyorkan kerajaan untuk membenarkan penyedia rangkaian 5G kedua dibenarkan.

Menurut laporan berkenaan, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile dikatakan mengesyorkan kerajaan untuk membenarkan dua rangkaian penyedia pukal 5G, setiap satunya dibangunkan dan dioperasikan oleh konsortium syarikat telekomunikasi.

Ia dikatakan kedua-dua rangkaian boleh dibangunkan dan beroperasi serentak pada tahun hadapan, sebelum diasingkan pada 2023. Ini akan membolehkan capaian 5G secara meluas dengan pantas – selari aspirasi kerajaan.

Buat masa ini, Telekom Malaysia sedia menyatakan sokongan untuk DNB, selain YTL turut dilihat menyatakan sokongan untuk DNB.

komen


© Amanz / 2022 Kami