Cari @ Amanz

Google kini dilihat telah menamatkan salah satu pemalam untuk pelayar web yang popular, iaitu Google Toolbar.

Untuk anda yang tidak mengenalinya, Google Toolbar telah ditawarkan sejak sekitar 21 tahun yang lepas. Dengan memasangnya pada pelayar web Internet Explorer, ia sekaligus membawa sejumlah ciri-ciri perkhidmatan Google ke Internet Explorer – termasuk carian Google, Google Translate, ciri semakan ejaan, dan beberapa yang lain.

Namun, kini pelbagai ciri berkenaan telah hadir pada pelayar web, termasuk Google sendiri yang menawarkan Google Chrome.

Bagi anda sendiri, adakah anda berpeluang menggunakan Google Toolbar sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd