Cari @ Amanz

Instagram kini dilaporkan mempunyai 2 bilion pengguna aktif bulanan. Walaupun masih belum diumumkan rasmi oleh pihak Facebook, angka ini boleh dikatakan pencapaian yang agak baik, walaupun Instagram dilanda kontroversi dan cabaran daripada TikTok akhir-akhir ini.

Instagram

Instagram telah dilancarkan pada 2010 yang lepas, dan seterusnya diambil-alih oleh Facebook pada nilai $1 bilion sekitar dua tahun selepas pelancaran. Sejak daripada itu, ia memperlihatkan peningkatan angka pengguna positif dari hari kee hari.

Kali terakhir Facebook berkongsi angka pengguna Instagram adalah pada 2018 lepas, mengatakan Instagram mempunyai 1 bilion pengguna aktif.

Mengikut penganalisa juga, TikTok dijangka mungkin mencapai angka sama dalam masa sekitar dua tiga tahun lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd