Pemilik NFT Kerugian RM1.2 Juta Kerana Tersilap Meletakkan Harga Jualan

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seorang pemilik NFT Bored Ape Yacht Club kerugian RM 1.26 juta selepas beliau tersilap meletakkan harga jualan. Pemilik yang hanya ingin dikenali sebagai Max ingin menjual NFT beruk beliau pada harga 75 ETH (~RM 1.27 juta) tetapi kerana kesilapan menaip disenaraikan pada harga 0.75 ETH (RM 12,700).

NFT tersebut segera dibeli dan kemudiannya dijual semula pada harga 60 ETH (~RM 1.05 juta) oleh pembeli. Max menyedari kesilapan beliau semasa menyenaraikan harga tetapi tidak sempat menukarnya kerana pembelian telah dilakukan dengan cukup pantas. Bored Ape Yacht Club ialah antara NFT yang paling terkenal di pasaran dengan ia sudahpun diumumkan akan menjadi kumpulan alam meta dan mempunyai permainan video sendiri pada tahun 2022.

Sumber CNET

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami