Carian
Twitter Memperkenalkan Kapsyen Video Secara Automatik Termasuk Bahasa Malaysia
December 15, 2021 Effi Saharudin

Video yang dimuat naik ke Twitter akan secara automatik hadir dengan kapsyen bermula hari ini pada aplikasi Android dan iOS. Ini ialah langkah Twitter untuk menjadi platform yang lebih inklusif kepada OKU pendengaran dan pada waktu sama memudahkan video ditonton tanpa audio di kawasan terbuka.

Sebanyak 30 bahasa disokong seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Jepun, Arab, Thai, China, Indonesia dan Malaysia. Pada waktu ini kapsyen dihasilkan secara automatik dan akibatnya kapsyen yang dipaparkan mungkin mengandungi kesilapan yang tidak boleh ditukar. Untuk melihat kapsyen pada video, tekan butang CC apabila menonton video di web. Pada aplikasi Android dan iOS pula, pengguna perlu mengaktifkan ciri kapsyen menerusi tetapan ketercapaian peranti.

Komen