Caj Pengeluaran ATM Antara Bank Sebanyak RM1 Akan Kembali Bermula Februari 2022

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu caj RM1 apabila melakukan pengeluaran wang dari mesin ATM dari bank berlainan telah digantung bagi memudahkan pengguna yang dikekang pergerakan akibat PKP. Tetapi menurut laporan Rnggt, caj ini dikenakan semula bermula 1 Februari 2022.

Ini adalah kerana Citibank, KFH dan CIMB masing-masing telah mula mengeluarkan notis bahawa caj pengeluaran wang antara bank akan dikenakan semula bermula tarikh tersebut. Reaksi dari orang ramai adalah negatif kerana sudah setahun caj ini tidak dikenakan. Dengan ekonomi yang masih belum pulih, tindakan mengenakan semula caj dilihat sebagai belum lagi sesuai.

komen


© Amanz / 2022 Kami