Oppo Find N Diumumkan Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di hari kedua Oppo Inno Day, Oppo Find N akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai peranti skrin boleh-lipat pertama mereka. Rekaan peranti adalah menyerupai Galaxy Fold dengan satu skrin di bahagian luar dengan skrin boleh-lipat yang besar diletakkan pada bahagian dalam. Satu perubahan menarik yang dilakukan oleh Oppo ialah skrin luar 5.49″ bernisbah 18:9 yang menjadikannya lebih mudah digunakan berbanding skrin Galaxy Fold yang terlalu memanjang.

Skrin luar 5.49″ OLED menyokong kadar semula 60Hz sementara skrin dalam 7.1″ OLED menyokong kadar segar semula 120Hz, peranti pula dijana oleh cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 4500 mAh. Pengecasan pantas 33W berwayar dan 15W secara nirwayar.

Sistem tri-kamera utama pula menggunakan sensor IMX 766 seperti yang ditemukan pada Oppo Find X. LMalahan bonggol kamera Find N juga amat mirip dengan Find X. Lensa sudut lebar dipadankan dengan sensor 50MP OIS, lensa ultra sudut lebar dipadankan dengan sensor 16MP dan lensa telefoto pula dipadankan dengan sensor 13MP.

Sementara di bahagian luar dan dalam terdapat satu kamera swafoto 32MP yang diletakkan di dalam lubang kamera. Sebagai peranti boleh-lipat, Find N mempunyai beberapa ciri unik seperti melancarkan mod multi-window dengan melakukan gestur membelah di tengah-tengah skrin. Secara automatik dua aplikasi boleh dipilih untuk melancarkannya secara serentak.

Peranti akan mula dijual di China hari ini pada harga RMB 7699 (~RM5118) untuk model 8/256GB dan RMB 8999 (~RM 5983) untuk model 12/512GB dalam warna hitam, putih dan ungu. Pada waktu ini Oppo tidak mempunyai perancangan menawarkan Oppo Find N ke pasaran luar China.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami