iPhone Masih Belum Disokong Dibawah Rangkaian 5G Malaysia – DNB Sasar Sokongan Pada Awal 2022

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pengenalan rangkaian 5G, semestinya ramai yang menantikan berkenaan dengan peranti-peranti yang menyokong rangkaian 5G. Selari dengannya, kini Digital Nasional Berhad (DNB) menyediakan sebuah halaman ringkas bagi membolehkan orang ramai menyemak peranti yang disokong dibawah rangkaian 5G yang dibangunkan DNB.

Melaluinya, antara pengeluar peranti yang disokong adalah Honor, Huawei, Nokia, Oppo, Realme, peranti Samsung dibawah siri Galaxy S21, Vivo, Xiaomi dan juga ZTE.

DNB menyasarkan untuk menambah beberapa pengeluar lain termasuk Apple, Motorola, Asus,  sejumlah peranti Samsung termasuk Flip 3, serta TCL.

5G iPhone

Dengan ini, bagi pengguna peranti Apple, terutamanya iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro, dan iPhone 13 Pro Max, anda perlu nantikan sehingga tahun 2022 kelak untuk dapat menguji dan mencuba rangkaian 5G pada peranti anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami