DNB Berkongsi Peta Lokasi Liputan 5G – Papar Kelajuan Purata 514Mbps

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DNB kini turut telah menerbitkan sebuah halaman khusus, menyertakan peta lokasi liputan 5G, sekaligus memudahkan orang ramai menyemak kawasan-kawasan yang kini disokong dengan rangkaian 5G.

Melalui peta liputan berkenaan, pengguna boleh imbas lokasi sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur – dan melihat sama ada kawasan mereka diliputi dengan rangkaian 5G yang disediakan DNB atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menyemak tapak 5G yang sedang dalam progress pembangunan. Melalui laman sama, ia memaparkan kelajuan purata yang ditawarkan melalui rangkaian 5G DNB adalah sekitar 514Mbps.

DNB menjanjikan kelajuan purata minima sekitar 100Mbps melalui infrastruktur rangkaian mereka, dan buat masa ini TM dan YTL menyatakan menjadi terawal untuk menawarkan rangkaian 5G dengan infrastruktur DNB.

komen


© Amanz / 2022 Kami