Botol Air Dengan Skrin LCD Dan HarmonyOS Dilancarkan Oleh Huawei

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan sudah pintar begitu juga dengan lampu, tandas, ketuhar gelombang mikro, baju dan telefon di tangan. Kita tidak lagi boleh lari dari peranti pintar kerana ia adalah trend yang semakin popular. Huawei hari ini melancarkan pula botol air pintar yang bukan sahaja dilengkapi skrin LCD tetapi juga menggunakan sistem operasi HarmonyOS.

Botol air mempunyai bahagian permukaan dalaman yang boleh menghapuskan 99.9% bakteria. Dengan lapisan penebat pula minuman panas atau sejuk boleh dikekalkan suhu sehingga 12 jam. Sistem pintar boleh mengingatkan pemilik untuk meminum air dan turut menjejak jumlah air yang disimpan. Panel LCD pada bahagian atas memaparkan maklumat suhu, isipadu air dan turut boleh dikustomasi untuk memaparkan imej yang dipilih sendiri.

Dengan bateri 250 mAH, bekas boleh beroperasi sehingga 20 hari. Terdapat juga kemampuan kalis air IPX7 bagi membolehkan ia dibasuh tanpa perlu risau komponen elektroniknya rosak. Untuk menggunakan bekas air pintar ini, peranti perlu menggunakan sistem operasi EMUI 11 atau HarmonyOS sahaja. Di China botol air pintar Huawei boleh dibeli pada harga RMB 139 (~RM92) sebotol.

komen


© Amanz / 2022 Kami