Celcom kini mengemaskini jadual penamatan rangkaian 3G mereka, dan menyatakan telah selesai menutup rangkaian 3G di Sabah. Pengguna diminta menggunakan rangkaian 4G dalam terus menikmati kualiti panggilan yang baik melalui VoLTE, selain untuk menikmati rangkaian internet yang lebih pantas.
Bersama-sama penamatan di Sabah, rangkaian 3G juga telah ditamatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan penamatan ini, Celcom ke fasa seterusnya dan akan memulakan proses penamatan rangkaian 3G di Kelantan, Pahang dan juga Terengganu.