TikTok sedia mempopularkan ciri membalas komen dengan video, selain turut ditawarkan melalui aplikasi Instagram. Kini, melalui kod pembangunan awal, Twitter juga dijangka akan memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada platform mereka.
Melalui apa yang dilihat, Twitter akan memberikan pilihan untuk Retweet, untuk petik (Quote) sesuatu Tweet, atau pun memilih untuk memetik dan menambah reaksi.

Untuk makluman, sebelum ini, Twitter sedia menawarkan ciri berkenaan melalui Fleets, dan pembangunan baharu ini dilihat lebih kepada mengintegrasikannya terus pada platform Twitter memandangkan Fleets telah pun ditamatkan
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan ciri ini.