Cari @ Amanz

Snapchat merupakan salah satu daripada perkhidmatan sosial yang menawarkan perkongsian video dan kebolehan pemesejan terbina. Tidak dapat dinafikan bahawa Snapchat sememangnya mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri di Malaysia. Apatah lagi ia didatangkan dengan pelbagai penuras dan tema comel mampu menjadikan sesebuah konten lebih menarik.

Terkini, Snapchat Malaysia dilihat berkongsi senarai lensa yang paling banyak digunakan sepanjang tahun 2021. Berikut adalah senarai lensa yang paling kerap digunakan:

  • Chinese New Year by Snap – Ini adalah lensa bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang membolehkan pengguna berkongsi ucapan secara maya kepada rakan-rakan dan keluarga.
  • Merdeka Day by Snap – Ini pula adalah lensa bertemakan sambutan hari kemerdekaan dengan hiasan bendera yang menghiasi ruang kediaman – bertujuan untuk menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
  • 3D Cartoon by Snap – Lensa yang boleh mengubah wajah menjadi watak animasi.
  • Squid Game by Ian Runge – Lensa yang bertemakan siri drama Netflix popular Korea Selatan, Squid Game. Ia telah digunakan lebih dari berpuluh juta kali merentas Snapchat dan Spotlight.
  • The Final Christo : Original Works for The Arc de Triomphe – Lensa yang membolehkan sesiapa sahaja menikmati dan mempelajari tentang bangunan ikonik di Paris dengan lebih dekat.
  • Train like an Olympian by Olympics – Lensa ini membolehkan sesiapa sahaja untuk kekal aktif dengan menyelesaikan tiga latihan fizikal. Sebagai ganjaran, ia akan mengeluarkan efek bunga api seusai latihan selesai.

Senarai lensa yang dikongsi memperlihatkan kepelbagaian dari aspek tema – ini termasuklah perayaan, gaya hidup, sukan serta kesihatan dan sebagainya. Adakah anda juga salah seorang yang menggunakan aplikasi ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd