Kandungan Minecraft Mengatasi Angka Tontonan 1 Trilion Di YouTube

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

YouTube hari ini mengesahkan yang mana kandungan Minecraft pada platform YouTube telah melangkaui angka tontonan 1 trilion pada peringkat global.

Minecraft merupakan salah satu permainan yang popular, termasuk dikalangan kanak-kanak. Ia telah dibangunkan oleh Mojang Studios, sebelum diambil-alih oleh Microsoft.

Menurut perkongsian YouTube, angka 1 bilion telah dicapai pada tahun 2010, dan ia mencapai angka tontonan 500 bilion dalam lapan tahun selepas itu, dan mengambil masa hanya sekitar dua tahun untuk mengandakannya – sekaligus memperlihatkan permintaan tinggi untuk kandungan Minecraft di YouTube.

Sempena meraikan ini juga, YouTube menyediakan sebuah halaman khusus bagi menyambut pencapaian 1 trilion tontonan oleh kandungan Minecraft ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami