Cari @ Amanz

Apple telah pun dalam peralihan menggunakan cip Apple Silicon tersendiri pada semua produk mereka, dan dijangka akan selesai sepenuhnya peralihan berkenaan pada 2022 kelak. Selari dengannya, Apple juga turut dilihat akan memperkenalkan iMac Pro pada 2022.

Ia dikatakan Apple iMac Pro baharu ini akan hadir dengan skrin 27-inci, dan dilengkapi dengan panel mini LED. Menariknya, panel ini turut dijangka akan menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz ProMotion bersama dengannya.

Dengan model “Pro”, ia dijangka turut akan hadir dengan cip pilihan sehingga Apple M1 Max – seperti ditawarkan bersama MacBook Pro.

Buat masa ini, tarikh pengenalannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada pertengahan pertama 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd