Elon Musk Sasar Manusia Di Marikh Dalam Lima Tahun Lagi

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk sedia mempunyai sasaran dalam membawa manusia ke planet Marikh, termasuk membina penempatan di sana. Terbaru, berkongsi pada temuramah Time Magazine, Elon Musk menyasarkan manusia mungkin mendarat di Marikh dalam tempoh lima tahun lagi.

Planet Marikh

Elon Musk turut berkongsi sasaran untuk membangunkan sebuah bandar yang boleh beroperasi secara kendiri di Marikh, selain turut membawa pelbagai makhluk dari Bumi ke planet berkenaan.

Pada hari ini, pelbagai syarikat sedang melihat kepada eksplorasi angkasa, dan menyasarkan menawarkan perkhidmatan pelancongan angkasa.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apa akan terjadi dalam arena aeroangkasa dalam tempoh 5 tahun lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami