Pada sidang Parlimen yang berlaku minggu ini, kini Timbalan Menteri Kewangan II telah menjelaskan yang mana kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum tidak diiktiraf sebagai matawang yang sah diperlakukan di Malaysia, dan bukan merupakan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Hal ini telah sedia dijangka ramai, dan hanya mata wang ringgit adalah matawang tunggal yang sah diperlakukan di Malaysia. Sekiranya sesuatu matawang baharu diiktiraf, ia akan memerlukan semua aktiviti dagangan dalam negara turut menerima penggunaan matawang berkenaan.
Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kewangan II turut mengatakan kriptowang tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan tidak menunjukkan ciri universal wang.
Pada hari ini, kriptowang lebih dilihat sebagai aset digital di Malaysia, dan beberapa kriptowang telah disahkan untuk tujuan berkenaan. Luno sendiri berkongsi sebelum ini mengatakan terdapat lebih 600,000 pengguna di platform mereka, yang menyimpan aset digital berjumlah lebih RM2 bilion.