Carian
Penerima Vaksin Sinovac 18 Tahun Ke Atas, Perlu Dapatkan Dos Penggalak Menjelang Februari 2022 Untuk Kekalkan Status Vaksin Lengkap
December 16, 2021 Aman

Semua populasi berusia 60 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin, dan juga penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas, perlu mendapatkan dos penggalak menjelang penghujung Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksin lengkap.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia turut mengatakan bagi mereka yang terlibat dan tidak menerima dos penggalak menjelang penghujung Februari 2022, status sijil vaksin mereka akan berubah kepada sijil berwarna putih – yang menandakan bukan berstatus vaksin lengkap.

Dos penggalak vaksin Covid-19 adalah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum oleh para penerima vaksin di Malaysia. Langkah ini juga diambil dalam terus melindungi pengguna daripada wabak berkenaan.

Mereka yang terlibat akan mula dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan dos penggalak.

Komen