Carian
Instagram Kini Membenarkan Pengguna Berkongsi Stories Selama 60 Saat
December 16, 2021 Amy Maizuraa

Instagram adalah antara platform media sosial yang menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna hari ini. Terdapat banyak kandungan menarik yang dikongsi oleh pengguna melaluinya dan salah satu ciri yang paling digemari ramai adalah Stories.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Stories adalah satu ciri yang membenarkan pengguna untuk berkongsi kandungan video pendek berdurasi 15 saat. Lebih menarik, ia turut didatangkan dengan pelbagai penuras dan tema comel yang mampu menjadikan sesebuah konten lebih menarik. Sekiranya anda merasakan 15 saat adalah pendek, Instagram kini membenarkan pengguna untuk berkongsi Stories dengan masa yang lebih panjang mencapai satu minit.

Ini adalah menarik kerana ia membolehkan pengguna berkongsi klip video dengan durasi yang lebih lama tanpa perlu membahagikannya kepada beberapa segmen. Ia sekaligus menjadikan Instagram antara platform yang lebih menarik buat para pencipta kandungan untuk berkongsi video di media sosial.

Dalam pada itu, Instagram juga dilaporkan sedang mengemaskini antara muka untuk ciri stories bagi membolehkan pengguna berkongsi akaun lain dan menambah lokasi pada siaran dengan lebih mudah. Setakat ini, ciri ini hanya boleh diakses oleh beberapa pengguna Instagram di Turki dan masih tidak diketahui bilakan ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna.

Sumber : Twitter

Komen