Cari @ Amanz

Kementerian Kerja Raya Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan kaedah pembayaran tol menggunakan kad Touch ’n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, dalam membuka peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuhraya.

Selari dengannya juga, para pengguna diajak untuk menggunakan sistem pembayaran tol RFID bagi menikmati pengalaman perjalanan yang lebih baik dan mudah, seiring perkembangan teknologi masa kini.

Peralihan ini juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk melaksanakan laluan tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi – sekaligus mengurangkan kesesakkan di plaza tol, disamping memudahkan pengguna melakukan pengurusan pembayaran melalui integrasi dompet digital pada tag RFID.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd