Cooler Master Memperkenalkan Penyejuk CPU AIO MasterLiquid Flux

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cooler Master, jenama pembuat komponen dan aksesori komputer baru-baru ini telah memperlihatkan model kemaskini kepada penyejuk CPU cecair mereka, Cooler Master AIO MasterLiquid Flux.

Penyejuk CPU ini hadir dengan dua model, iaitu Cooler Master AIO MasterLiquid PL240 Flux dan MasterLiquid PL360 Flux yang hadir dengan radiator penyejuk bersaiz 240mm dan 360mm dan menggunakan sistem Dual Chamber Pump baru yang mampu mengalirkan cecair penyejuk daripada bahagian penyejuk CPU ke radiator dengan kadar lebih cepat.

Ini, digabungkan dengan rekaan sirip penyejuk lebih nipis dan ini membolehkan Cooler Master untuk memuatkan lebih banyak sirip penyejuk dan secara langsung mempercepatkan proses penyejukan cecair yang mengalirkan haba daripada CPU.

Selain daripada itu, penyejuk MasterLiquid Flux ini juga hadir dengan rekaan radiator yang mempunyai profil rendah, dan untuk pembina PC, ini cukup penting khususnya sekiranya mereka mahu membina sebuah komputer berkuasa dalam saiz yang lebih padat daripada biasa, ataupun rangka komputer tersebut tidak mempunyai begitu banyak ruang untuk penyejuk-penyejuk besar.

Sekiranya anda mahukan pencahayaan RGB dalam komputer-komputer anda, kipas-kipas penyejuk Cooler Master Flux ini juga hadir dengan pencahayaan ARGB yang memudahkan pengubahsuaian warna lampu melalui perisian terbina sekiranya dimahukan.

Cooler Master mengatakan bahawa penyejuk Cooler Master AIO MasterLiquid PL240 Flux dan PL360 Flux ini akan ditawarkan di pasaran pada awal bulan Januari 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami