Tecno Ingin Menawarkan Peranti Android Pertama Dengan Sensor-Shift Seakan iPhone

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Vivo X menjadi semakin terkenal bermula dengan siri X60. Ia kali pertama mereka bekerjasama dengan Zeiss dan menawarkan kemampuan kamera yang cukup cantik dan unik, lebih-lebih lagi di bahagian mod potret. Siri peranti ini turut terkenal kerana peranti menggunakan sistem penstabilan gimbal yang membenarkan hasil mod malam menjadi menawan, cantik serta rakaman video yang sentiasa stabil.

Walaupun dipasarkan sebagai gimbal, ia masih lagi OIS atau penstabilan imej optik dengan lima-paksi. Berbeza dengan iPhone 12 Pro Max dan barisan iPhone 13 yang menggunakan sistem penstabilan Sensor-Shift Stabilization. Konsep yang sama, tetapi OIS yang bergerak adalah modul kamera atau bahagian lensa – manakala Sensor-Shift yang begerak adalah sensor itu sendiri dan berkali ganda laju.

Tidak lama lagi, Sensor-Shift tidak lagi akan menjadi eksklusif kepada iPhone. Ini kerana jenama telefon pintar Tecno telah mengumumkan mereka bakal hadir dengan peranti Android pertama dengan teknologi ini. Melalui teknologi ini ia menjanjikan 350% penstabilan lebih jitu berbanding OIS.

Tecno juga dilaporkan bekerjasama dengan Samsung untuk sensor RGBW serba baharu, di mana W atau warna putih tidak akan ada penapis dan sebanyak lebih 60% cahaya boleh ditembusi. Sensor baharu mereka juga berkemampuan untuk zum teleskopik yang lancar dan lensa akan menggunakan bahan gabungan plastik dan kaca untuk hasil imej lebih cerah.

Turut tidak pasti jika akan ada pengeluar peranti lain menawarkan teknologi lebih kurang sama. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini. Jenama Tecno tidak begitu terkenal, jadi tidak pasti jika mereka boleh menjadi pemula trend untuk Android.

komen


© Amanz / 2022 Kami