Samsung Melancarkan SSD NVMe Dan Memori GDDR6 Untuk Kegunaan Automotif

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini melancarkan beberapa produk storan dan memori yang direka khusus untuk digunakan oleh industri automotif. Empat produk yang ditawarkan ialah storan 256 GB PCIe Gen3 NVMEe, storan 128GB UFS, memori 2GB GDDR6 dan memori 2GB DDR4.

Storan dan memori yang pantas diperlukan untuk sistem swapandu serta sistem infohibur kenderaan. Semakin banyak kenderaan dilengkapi sistem infohibur pintar yang memerlukan memori yang besar dan storan yang besar bagi memastikan aplikasi boleh dilancarkan dengan lancar. Storan PCIe NVMe yang ditawarkan Samsung mempunyai kelajuan membaca 2100 MB/s dan kelajuan menulis pula 300 MB/s. Ia turut dapat membantu sistem swapandu yang digunakan oleh kenderaan.

Kesemua cip melepasi piawaian AEC-Q100 yang membolehkan ia beroperasi dalam julat suhu -40°C hingga +105°C. Selain storan dan memori, Samsung juga menawarkan cip pemproses dan sensor kamera khusus untuk digunakan pada kenderaan pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami