Carian
TM Akan Menyediakan Sewaan Infrastruktur Fiber Untuk DNB – Bernilai RM2 Bilion
December 16, 2021 Aman

Telekom Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan pihak Digital Nasional Berhad, dalam membantu dan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G milik kerajaan di seluruh negara.

Dibawah perjanjian ini, TM akan menyediakan perkhidmatan sewaan fiber 5G bagi sambungan antara tapak-tapak mudah-alih dan nod-nod 5G milik DNB. Untuk tujuan berkenaan, rangkaian kabel fiber domestik TM yang sepanjang 640,000km akan digunakan.

Dibawah kontrak bernilai RM2 bilion ini, DNB akan boleh memanfaatkan infrastruktur fibr dan rangkaian TM yang meluas, serta melanggan penyelesaian Fronthaul dan Backhaul RAN-to-Edge 5G TM bagi penyediaan sambungan fiber, sekaligus membolehkan DNB menawarkan perkhidmatan 5G di seluruh negara.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia turut mengatakan mereka akan turut menawarkan perkhidmatan 5G pada peringkat percubaan dikawasan-kawasan terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Komen