TikTok Menguji Perisian Penstriman Langsung Melalui Desktop, Dinamakan TikTok Live Studio

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini telah menjadi salah satu platform sosial yang diperhati ramai, apatah lagi dengan popularitinya yang tinggi dikalangan pengguna muda, sekaligus turut menetapkan beberapa trend baharu dalam arena sosial.

Terkini, TikTok dilihat sedang menguji sebuah perisian penstriman langsung pada desktop, membolehkan pengguna untuk memasangnya, dan melakukan siaran langsung untuk beberapa perkara – termasuk untuk permainan video. Penawaran ini dinamakan sebagai TikTok Live Studio.

Dengan penawaran ini juga, ia sekaligus memperluaskan lagi fungsi penstriman langsung pada platform berkenaan yang kini tertumpu untuk melalui telefon sahaja. Dengan penawaran pada desktop, ia turut membawa kepada beberapa cabaran baharu untuk platform lain – termasuk seperti YouTube Gaming, Twitch dan Facebook Gaming.

TikTok mengatakan ciri ini masih pada peringkat percubaan, dan ia diuji dikalangan kecil pengguna TikTok buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami