Carian
Sony Membangunkan Sensor CMOS Bertingkat Pertama Dunia Yang Meningkatkan Julat Dinamik
December 17, 2021 Effi Saharudin

Sony mengumumkan mereka berjaya membangunkan sensor kamera CMOS bertingkat (Stacked CMOS) pertama dunia untuk digunakan pada peranti pintar. Dengan rekaan CMOS bertingkat ini, gambar dengan julat dinamik yang lebih baik dan hingar yang lebih rendah berbanding sensor CMOS biasa di pasaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan CMOS bertingkat? Lapisan photodiode dan transistor pixel disusun secara bertingkat berbanding diletakkan secara bersebelahan pada sensor CMOS biasa. Hasilnya ialah sensor yang boleh mengambil gambar pada waktu malam yang lebih terang dengan hingar yang jauh lebih rendah. Pada waktu ini Sony belum mengumumkan apakah sensor pertama yang akan menggunakan teknologi ini.

Komen