TikTok Akhirnya Menyokong Video 1080P Dan Pelbagai Kesan Khas Baharu

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok memperkenalkan beberapa ciri baharu hari ini dan antara yang paling menarik ialah akhirnya pengguna boleh memuat naik video pada resolusi 1080P. Mod diaktifkan kepada pengguna di beberapa negara tertentu sahaja pada waktu ini. Untuk mengakses pengguna perlu menekan butang pilihan tambahan dan menekan pula butang Upload In HD sebelum video dimuat naik.

Terdapat juga ciri suntingan video untuk memudahkan pengguna mengubah keterangan dan warna video yang ingin dimuat naik. Kesan khas audio juga ditambah dengan pengguna boleh mengubah suara untuk kedengaran seperti haiwan dan peralatan muzik tertentu. Sebagai contoh suara boleh diubah menjadi seperti kucing atau seruling. Turut diperkenalkan ialah sokongan meletakkan GIF dari Giphy di latar belakang jika menggunakan mod Green Screen.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna TikTok seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami