Siri Honor MagicBook 16 Generasi Baharu Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor baru sahaja hadir dengan dua penawaran baharu untuk rangkaian peranti pintarnya. Melaluinya, Honor X30 5G dengan janaan cip Snapdragon 695 dan Honor Play 30 Plus pula yang menyokong MediaTek Dimensity 700 telah diumumkan di China.

Pada acara yang sama, Honor turut berkongsi perancangan untuk mengemaskini rangkaian komputer ribanya. Menurut sumber, Honor bakal hadir dengan siri Honor MagicBook 16 yang dinaik-taraf pada 30 Disember ini. Pada masa sama, Honor turut memberi bayangan bahawa siri berkenaan bakal menyokong ciri sambungan atau tambatan pantas dibuat antara peranti – termasuklah peranti pintar, tablet, skrin pintar dan sebagainya.

Ini merupakan ciri yang menggunakan konsep seumpama sebuah komputer riba Huawei. Di sini, ia membolehkan telefon pintar dihubungkan secara terus ke komputer riba, seterusnya proses penghantaran menjadi lebih efisien tanpa sebarang penggunaan kabel. Di samping itu, ia juga akan dilengkapi dengan perisian Windows 11 yang sedia terpasang. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang diketahui.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami