DJI Kini Disenarai-Hitamkan Untuk Pelaburan Oleh Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini telah menambah DJI dan tujuh firma teknologi lain dibawah senarai hitam pelaburan, disebabkan oleh penyertaan mereka dalam pemantauan Muslim Uyghur di China.

DJI merupakan pengeluar dron terkemuka, dan produk mereka digunakan secara meluas – termasuk oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat sendiri. Dengan menyertakan ia dalam senarai hitam ini, ia menghalang sebabarang rakyat Amerika atau syarikat daripada melabur dalam DJI Technology.

Berbeza dengan Huawei juga, produk DJI digunakan meluas di Amerika Syarikat, dan pengharaman menyeluruh terhadapnya agak sukar. Mengikut data terakhir, DJI dilihat mempunyai pegangan sebanyak 80% dalam pasaran dron di Amerika Syarikat.

komen


© Amanz / 2022 Kami