MediaTek Terus Menerajui Arena Cip Telefon Pintar – Unisoc Kini Mempunyai Pegangan 10%

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Counterpoint hari ini telah mengeluarkan data mereka berkaitan pasaran cip pemprosesan untuk telefon pintar. Secara keseluruhan, pasaran meningkat sebanyak 6% pada tahun ini, dan menerajui pasaran dengan pegangan sebanyak 40% adalah MediaTek.

Qualcomm kini mempunyai pegangan sebanyak 27% dalam arena cip pemprosesan, tetapi mendominasi pasaran cip 5G dengan pegangan sebanyak 62%.

Menariknya juga, Unisoc, salah satu pengeluar cip yang semakin meningkat naik, kini mempunyai pegangan sebanyak 10% di pasaran cip pemprosesan. Ini dilihat hasil kejayaan Unisoc menarik pelbagai nama besar untuk menggunakan cip mereka, termasuk Realme, Honor dan lain-lain.

Huawei yang mengalami halangan dagangan dilihat semakin hilang pegangan mereka di pasaran cip pemprosesan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami