Imej Pengolokan Xiaomi 12 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini dalam persediaan untuk hadir dengan peranti berspesifikasi mercu baharu menerusi Xiaomi 12. Ia telah disahkan hadir dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 1, namun tarikh pelancaran rasminya masih kekal misteri dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Terkini, imej pengolokan peranti telah tertiris menerusi perkongsian OneLeaks dan Zoutons. Imej menunjukkan peranti akan menampilkan rekaan skrin hadapan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto tunggal. Skrin adalah sejenis melengkung dan ia dijangka hadir dengan saiz sebesar 6.2-inci dan resolusi FHD+. Di samping itu, bahagian belakang peranti akan dilengkapi sistem tri-kamera utama bersama LED Flash.

Seterusnya, sisi kanan pula terdapatnya butang kuasa dan laras suara. Sementara itu, port pengecasan USB-C, kekisi audio dan bicu audio juga dapat dilihat pada bahagian bawah peranti. Tidak ketinggalan, ia kelihatannya disertakan dengan sokongan IR blaster pada sisi atas. Apakah pendapat anda mengenai rekaan peranti ini?

Sumber : Twitter

komen


© Amanz / 2022 Kami