Sistem Operasi SteamOS Dikecilkan Ke 10GB Daripada 24GB – Steam Deck Akan Hadir Dengan Storan Lebih Banyak Untuk Permainan

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Steam Deck keluaran Valve merupakan salah satu daripada konsol-konsol permainan yang cukup ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana kemampuannya untuk memainkan permainan komputer dalam sebuah konsol padat yang tidak begitu berbeza saiznya apabila dibandingkan dengan sebuah konsol Nintendo Switch.

Terkini, Valve dilihat telah mengecilkan saiz fail sistem operasi SteamOS mereka, kebarangkalian besar untuk digunakan didalam konsol permainan mereka, khususnya kerana ia hadir dengan penawaran storan 64GB. Melihat kepada laman web SteamOS sendiri, sistem operasi tersebut telah dikurangkan saiznya daripada 24GB kepada 10GB sahaja.

Oleh kerana konsol ini terpaksa ditunda pelancarannya ke Februari 2022, Valve juga telah memperlihatkan kemaskini dan penambahbaikan kepada sokongan cip WiFi, HDMI, audio dan juga sokongan paparan sesentuh yang lebih baik.

Bagi mereka yang mahu cuba untuk mendapatkan konsol permainan ini, nampaknya anda akan perlu menunggu sedikit lebih lama, dimana Valve dijangka akan meningkatkan pengeluaran konsol tersebut sekitar pertengahan tahun hadapan.

Sumber: TechPowerUp

komen


© Amanz / 2022 Kami