Pengguna Realme GT Neo2 Kini Boleh Mencuba Realme UI 3.0 Berasaskan Android 12

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme GT Neo2 adalah antara peranti Realme yang terbaik dari segi prestasi. Lebih-lebih lagi untuk permua, yang mana peranti ini hadir dengan sistem penyejukan dengan penyejuk gel berlian.

Harga jualan peranti ini adalah RM2099, dan penawarannya agak menarik jika dibandingkan dengan pesaing. Skrin 120Hz, panel AMOLED, cip Snapdragon 870, kamera 64MP, dan pengecasan pantas 65W.

Terkini, Realme telah menunaikan janji mereka yang mana siri GT adalah peranti yang akan diberi fokus untuk kemaskini lebih pantas. GT Neo2 ini kini sudah boleh menerima kemaskini Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 versi beta.

Pengguna hanya perlu pergi ke tetapan sistem, tekan ikon gear, pilih Trial Version, kemudian tekan Early Access, dan tekan Apply Now. Jika layak dan dipilih oleh Realme anda akan dapat menguji kemaskini ini.

Kemaskini stabil walau bagaimanpun tidak didedahkan bila ia akan diedarkan. Mungkin tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan dan jangan lupa untuk lakukan sandaran – agar kemaskini berjalan lancar dan data anda semua selamat.

komen


© Amanz / 2022 Kami