HONOR 50 Lite Telefon Berbaloi Berkualiti Untuk Bajet Bawah RM 1,000

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sekiranya anda masih mencari peranti baharu namun mempunyai bajet dibawah RM 1,000, HONOR 50 Lite merupakan salah satu pilihan yang perlu anda tahu.

Pertama sekali sama seperti apa yang kami ulas pada minggu lepas, telefon bajet tak semestinya hadir dengan spesifikasi mengecewakan, malahan HONOR dengan adanya ekosistem Google Mobile Services pastinya boleh menggembirakan anda. Berikut merupakan beberapa sebab-musabab anda boleh memilih HONOR 50 Lite ini.

Pengecasan Pantas 66W Mengecas 40% Dalam 10 Minit

Pernahkah anda hanya mempunyai hanya 10 minit untuk bersiap sebelum keluar rumah. Pasti perkara ini kerap berlaku dan anda akan terlewat sekiranya terpaksa menunggu peranti yang mengecas dengan lambat.

Dengan HONOR 50 Lite, 10 minit untuk bersiap dan mengecas peranti adalah mencukupi kerana dengan pengecasan pantas 66W, ia boleh mengecas sehingga 40% dalam tempoh tersebut. Dan dengan bateri sebesar 4,300 mAh, anda dapat keluar seharian, tanpa risau kehabisan bateri.

Bingkai Super Narrow 1.05mm + 94.4% Nisbah Skrin ke Badan

Apa gunanya membeli peranti tapi tidak nampak cantik, tidak nampak sedap dipegang, malah mempunyai bingkai tebal? Walaupun ditawarkan pada harga kurang RM1,000, jelas sekali HONOR 50 Lite tidak membuang nilai estetika rekaan peranti.

Ia membawakan paparan skrin yang besar dengan nisbah skrin-ke-badan 94.4%. Ini menjadikan peranti tidak terlalu besar, kerana skrin yang berjaya dimuatkan pada Bingkai Super Narrow yang tipis, senipis 1.05mm.

Dan dengan skrin besar ini, anda juga tidak perlu risau jika menggunakan peranti berterusan lamanya kerana terdapat piawaian keselamatan TÜV Rheinland yang dapat menjaga mata anda dari paparan cahaya biru yang merengsakan mata anda. Malah paparan HONOR 50 Lite juga merupakan paparan LCD pertama di dunia yang menepati piawaian-perkakasan (hardware-level) perlindungan mata TÜV Rheinland. 

64MP Kuad Kamera Yang Anda Tidak Akan Dapat Pada Harga Bawah RM1,000

Kenapa ada satu kamera jika boleh ada 4 kamera. HONOR 50 Lite hadir dengan gabungan kamera 64+8+2+2 MP yang menggabungkan kamera utama sudut lebar, kamera ultra sudut lebar, kamera makro dan sensor kedalaman. Ia menghasilkan pengimejan yang baik, malah anda juga boleh mengambil gambar-gambar makro, dan gambar landskap menarik.


Jelas sekali jika anda sedang mencari peranti baharu, HONOR 50 Lite patut menjadi salah satu pilihan anda. Malah lebih menarik lagi, HONOR sedang mengadakan Jualan Pesta Akhir Tahun dan pembeli berpeluang menikmati ganjaran 3x ganda dengan jumlah hadiah bernilai sehingga RM 10 juta menerusi cabutan bertuah dari pembelian produk terpilih HONOR.

Selain dari HONOR 50 Lite yang mesra bajet, anda juga boleh membeli HONOR 50 yang dilengkap 6 mod vlog dalam kamera 108MP serta siri HONOR MagicBook yang ringan dan kompak. Pembelian peranti ini juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah.

Jika anda sangat bertuah, anda juga berpeluang memenangi Honda City atau 1 daripada 500 DJI OSMO 4 SE menjadi rebutan. Jangan lepaskan peluang ini, layari laman rasmi HONOR untuk maklumat lanjut.

Penafian: Advertorial Dari HONOR Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami