Selain NIKE, kini Adidas turut mengumumkan penyertaan dalam arena NFT, dengan koleksi mereka tersendiri dinamakan “Into The Metaverse”.
Melalui pembelian NFT daripada Adidas ini, ia akan memberikan para pembeli akses kepada kelab peminat khas, sekaligus membolehkan mereka membeli barangan koleksi terhad terlebih dahulu.
Para pembeli juga turut boleh memberikan idea dan berbincang berkenaan apa yang ingin dibangunkan dalam komuniti pembeli NFT berkenaan.
Selain membeli produk Adidas, NFT yang ditawarkan ini juga dikatakan akan memberikan akses kepada barangan maya pada permainan dunia meta, The Sandbox.
Dengan penyertaan NIKE dan Adidas, tidak mustahil kita melihat lebih banyak jenama pakaian turut menyertai arena berkenaan dari hari ke hari.