Cari @ Amanz

Shopee sedia mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena edagang. Selain itu, mereka turut telah mula memperluaskan perkhidmatan dan menyertai arena dompet-digital, selain baru-baru ini turut memperluaskan ShopeeFood untuk pasaran Malaysia.

Terkini, selain ke semua perkhidmatan berkenaan, Shopee turut melancarkan perkhidmatan membuat tempahan teksi terus melalui aplikasi Shopee.

Buat masa ini, ciri ini hanya diuji di Indonesia, dan Shopee bekerjasama dengan pihak Bluebird di Indonesia untuk penawaran perkhidmatan seru-pandu ini.

Melaluinya, menggunakan aplikasi Shopee, pengguna boleh melakukan tempahan teksi dengan mudah – seperti mana dilakukan melalui Grab. Pengguna hanya perlu memasukkan destinasi, dan seterusnya memilih jenis kenderaan, dan melakukan tempahan.

Dengan pengenalan ciri ini di Indonesia, tidak mustahil kita melihat Shopee memperluaskan penawaran ke lokasi operasi mereka yang lain, termasuk di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd