Carian
OnePlus 10 Pro Mungkin Menyokong Pengecasan Pantas 80W
December 17, 2021 Amy Maizuraa

OnePlus 10 Pro bakal menjadi model kemaskini untuk peranti berspesifikasi mercu keluaran OnePlus yang baharu. Kewujudannya juga bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas. Beberapa informasi mengenainya juga telah tertiris dalam beberapa laporan terdahulu – ini termasuklah reka bentuk dan spesifikasi utama padanya.

Salah satu daripadanya adalah peranti akan dilengkapi bateri 5000mAh. Bukan itu sahaja, desas-desus terkini mendakwa bahawa bateri tersebut akan menyokong pengecasan pantas berwayar mencapai 80W. Di samping itu, peranti juga menyokong pengecasan nirwayar 50W. Ini adalah sedikit berbeza dengan khabar angin sebelum ini yang mendakwa peranti besar kemungkinan dilengkapi pengecasan 125W.

Maklumat lain yang diketahui setakat ini adalah peranti akan menampilkan skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci beresolusi QHD+. Di samping itu, ia juga dikhabarkan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB UFS 3.1. Konfigurasi kamera pula adalah 48+50+8- Megapixel yang ditala oleh Hasselblad dan kamera swafoto pula sebesar 32MP.

Buat masa ini, belum ada sebarang tarikh pelancaran rasmi yang diketahui. Namun, terdapat dakwaan awal yang mengatakan peranti ini akan dilancarkan seawal tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : 9to5 Google

Komen