Cari @ Amanz

TikTok kini membuat kejutan dan mengumumkan kerjasama dengan Virtual Dining Concepts untuk memperkenalkan restoran makanan yang memfokuskan penghantaran sahaja dinamakan TikTok Kitchen.

TikTok Kitchen ini akan beroperasi di Amerika Syarikat bermula Mac 2022 kelak, dan memfokuskan kepada penghantaran makanan, selain menyediakan menu-menu makanan yang hangat dan viral pada platform sosial berkenaan.

Untuk permulaan, sekitar 300 TikTok Kitchen disasarkan, dengan sasaran mencapai 1000 TikTok Kitchen pada penghujung 2022 kelak.

Menu makanan yang ditawarkan dijangka akan berubah pada setiap suku tahun, dan makanan yang viral dikongsikan akan ditambah ke menu TikTok Kitchen ini.

Menariknya juga, TikTok dilihat akan menggunakan pendapatan daripada hasil jualan restoran ini untuk membantu bakat kulinari dan juga mereka yang kongsikan menu viral berkenaan di TikTok. TikTok dilihat menggunakan TikTok Kitchen ini sebagai salah satu medium pemasaran, dan bukannya memfokuskan sebagai sebuah perniagaan.

Untuk makluman, sebelum ini Virtual Dining Concepts turut pernah bekerjasama dengan MrBeast dalam menawarkan Mr Beast Burger.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd