Vivo Y32 Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Snapdragon 680

Diterbitkan pada Dis 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y32 dilancarkan minggu ini sebagai telefon pintar pertama menggunakan cip Snapdragon 680. Peranti dilengkapi skrin 6.51″ IPS LCD, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan semula 18W.

Snapd

Kamera utama sebesar 13+2 MP manakala kamera swafoto 8MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi Android 11 digunakan bersama dengan pelancar OriginOS 1.0. Kerana cip Snapdragon 680 digunakan, Y32 hanya menyokong rangkaian 4G sahaja pada waktu ini. Di China ia dijual pada harga RMB 1,399 (~RM 925) dalam pilihan warna putih dan hitam.

komen


© Amanz / 2022 Kami