Komuniti NFT Di Malaysia Kumpul Lebih RM55k Dalam Bentuk Kriptowang Untuk Bantuan Banjir

Diterbitkan pada Dis 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bencana banjir yang melanda sejumlah kawasan memperlihatkan orang ramai membantu satu sama lain dalam meringankan beban, termasuk berkongsi ruangan, makanan dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga ramai yang mengumpulkan dana untuk meringankan beban dan dalam membeli pelbagai barangan keperluan semasa.

Komuniti NFT tempatan turut tidak ketinggalan, dan turut telah melancarkan pengumpulan dana dalam bentuk kriptowang sejak daripada petang semalam. Dimulakan oleh @NoFutur3_, dan disokong kuat oleh komuniti NFT tempatan, sehingga kini ia telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak lebih 24.86BNB iaitu sekitar RM55k mengikut kadar tukaran semasa.

Sumbangan dihimpunkan daripada pelbagai artis, komuniti dan orang ramai yang mempunyai kriptowang. Dana yang dihimpunkan, kemudiannya ditukarkan dan diagihkan kepada badan-badan NGO yang bergerak aktif dalam membantu mangsa banjir.

Selain daripada itu, tidak kurang juga terdapat beberapa penjual NFT tempatan yang menyumbangkan hasil jualan mereka sepenuhnya kepada bantuan banjir.

komen


© Amanz / 2022 Kami